Cari:
S&P: Prospek AIIB Stabil
2017-07-24 12:54:56 CRI Cetak

Firma penarafan, Standard & Poor's (S&P) menggredkan taraf kredit jangka panjang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) pada peringkat AAA dan A-1+ untuk jangka pendek, dan menyifatkan prospeknya stabil.

Menurut S&P, hampir semua anggota AIIB merupakan entiti berdaulat yang diberi gred AAA. Sumbangan daripada para anggota mencatat USD100 bilion (RM428 bilion), termasuk 20% yang dibayar dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang. Sejak ditubuhkan, AIIB telah pun menjadi salah satu institusi peminjam multilateral terbesar.

S&P berpendapat bahawa lingkungan urus niaga AIIB akan diperluas dalam tempoh tiga hingga lima tahun memandangkan permintaan besar pembinaan infrastruktur di Asia. S&P menilai perniagaan dan keadaan kewangan AIIB sebagai kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China