Cari:
Bandar Pintar Pacu Industri Perlindungan Alam Sekitar China
2017-07-24 14:45:01 CRI Cetak

Perlindungan alam sekitar amat signifikan dalam proses pembangunan bandar pintar yang berorientasikan kemajuan teknologi tinggi dan urbanisasi.

Demikian dinyatakan oleh Zhang Guohua, Dekan Institut Penyelidikan Pengangkutan Bersepadu, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), dalam Forum Kemuncak Industri Perlindungan Alam Sekitar China baru-baru ini.

Bandar pintar merupakan konsep pembangunan yang mengintegrasikan pelbagai data penting menerusi teknologi maklumat bagi menyediakan perkhidmatan untuk kehidupan rakyat, perlindungan alam sekitar, keselamatan awam dan aktiviti ekonomi.

Menurut rancangan, China akan merintis pembangunan 277 bandar pintar menjelang tahun 2021, dengan skala pasaran dijangka mencecah RMB4 trilion (RM2.5 trilion).

Usaha tersebut akan membuka pasaran besar untuk industri perlindungan alam sekitar di negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China