Anggota tentera India yang merentasi sempadan digesa segera berundur.
Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media di Beijing hari ini.
Menurut beliau, tentera India bertindak menghalang projek pembinaan jalan raya di Doklam yang merupakan wilayah milik China, pada pertengahan Jun lalu. Projek pembinaan China di sana dijalankan secara sah.
Tambah beliau, China komited mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan keselamatannya. Pasukan pengawal sempadan China telah mengambil tindakan segera untuk menangani situasi.