Usaha selama lebih empat tahun untuk membangunkan penyelidikan klinikal di China kini telah menampakkan kemajuan apabila 32 pusat penyelidikan klinikal peringkat negara yang melibatkan 11 bidang kesihatan telah siap dibina.
Sementara itu, rangkaian inovasi melibatkan usaha sama lebih 2,100 badan perubatan dari 260 bandar dibentuk, manakala lebih 60 pangkalan sampel biologi dan data serta 143 pasukan penyelidik ditubuhkan.
China menyasarkan untuk membina kira-kira 100 pusat penyelidikan klinikal menjelang penghujung tahun 2021 demi mewujudkan sistem inovasi penyelidikan klinikal yang saintifik, cekap, terbuka dan sedia berkongsi.