Cari:
Israel Tahan 25 Anggota Hamas
2017-07-24 15:01:29 CRI Cetak

Agensi keselamatan dan pasukan tentera Israel telah menahan 25 anggota Hamas dalam operasi yang dijalankan di tebing barat Sungai Jordan pada malam 22 hingga pagi 23 Julai lalu.

Menurut kenyataan agensi tersebut, walaupun serangan di Temple Mount di kota kuno Baitulmuqaddis bukan didalangi Hamas, tetapi Hamas memuji serangan itu sebagai "amat berani dan perlu", dan menghasut umat Islam mengadakan tunjuk perasaan.

Pada 14 Julai lalu, dua anggota polis Israel mati ditembak di Temple Mount, menyebabkan Israel bertindak menutup lokasi kejadian dan melarang umat Islam datang beribadat. Dua hari selepas itu, Israel membuka semula masjis Al-Aqsa di Temple Mount, namun memasang alat pengimbas logam dan kamera keselamatan di pintu masuk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China