Cari:
AFCA Ditubuhkan
2017-07-25 11:20:13 CRI Cetak

Pembangunan dan kerjasama kewangan Asia berdepan peluang dan cabaran baharu. Dalam konteks ini, meningkatkan pertukaran dan sinergi institusi kewangan di Asia bermanfaat bagi memperdalam kerjasama serantau, mencegah risiko dan mengekalkan pembangunan yang sihat lagi stabil.

Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Ma Kai pada majlis perasmian Persatuan Kerjasama Kewangan Asia (AFCA) di Beijing semalam.

Menurut beliau, AFCA merupakan buah fikiran Presiden Xi Jinping yang diusulkan semasa Forum Asia Boao 2015. AFCA menjadi satu lagi pertubuhan kewangan serantau yang ditubuhkan atas saranan China selepas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Pertubuhan itu dianggap signifikan kerana membolehkan China menyediakan produk awam kepada sektor kewangan Asia bahkan dunia.

China bersedia bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk menjadikan AFCA platform kerjasama kewangan yang profesional, pragmatik, inovatif, cekap, inklusif dan saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China