Cari:
IMF: China Kekal Penjana Utama Ekonomi Dunia
2017-07-25 13:00:35 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Prospek Ekonomi Dunia yang dikemas kini di Kuala Lumpur semalam, menaikkan lagi unjuran pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini dan tahun depan.

Ketua ahli ekonomi IMF, Maurice Obstfeld menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China mengekalkan momentum kukuh pada setengah pertama tahun ini. Kadar pertumbuhan 6.9% yang dicatatkan pada suku tahun kedua adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Menurut beliau, dari segi skala ekonomi, China merupakan penyumbang penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Obstfeld menghargai usaha China dalam menggalakkan globalisasi. Katanya, pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) bukan hanya akan mendorong pelaburan infrastruktur, malah merancakkan perdagangan antarabangsa kerana dapat mengurangkan kos perdagangan antara pelbagai rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China