Cari:
China Seru Penyelesaian Politik Isu Syria
2017-07-25 15:33:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Utusan khas China bagi isu Syria, Xie Xiaoyan menggesa semua pihak terlibat duduk berunding mencari penyelesaian politik untuk krisis Syria.

Dalam sidang media di Ankara, Turki semalam, Xie menyatakan bahawa China mengalu-alukan konsensus yang dicapai di Astana mengenai penubuhan zon selamat di Syria.

Konsensus itu menunjukkan masyarakat antarabangsa telah mula bertindak untuk meredakan ketegangan, dan menyumbang buah fikiran baharu demi penyelesaian politik krisis berkenaan.

Pihak-pihak terbabit diharap mempercepat rundingan bagi membolehkan zon selamat tersebut beroperasi secepat mungkin.

Krisis pelarian Syria merupakan yang paling teruk sejak Perang Dunia II.

Saran Xie, pihak-pihak terbabit perlu mengetepikan perselisihan dan bertindak segera untuk meredakan krisis kemanusiaan di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China