Jabatan Kastam Am China baru-baru ini mengumumkan senarai 100 bandar gergasi perdagangan luar untuk tahun lalu, dengan Shenzhen terdepan, diikuti Shanghai dan Dongguan.
Berdepan dengan pelbagai cabaran, perdagangan luar China kekal kukuh, malah menunjukkan perkembangan baik pada tahun lalu.
Banyak bandar besar mencapai kemajuan ketara, manakala bandar-bandar di pedalaman berkembang secara stabil. Bandar-bandar kecil dan sederhana pula memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk merancakkan perdagangan luar mereka.
Daya saing perdagangan luar bandar China dinilai dengan sistem indeks yang merangkumi 25 kriteria termasuk taraf, struktur, keuntungan dan potensi pembangunan.