Cari:
26 Korban Pengebom Nekad di Pakistan
2017-07-26 14:51:18 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 26 terkorban, manakala 49 lagi cedera akibat serangan bom berani mati yang berlaku di Lahore, ibu kota wilayah Punjab, timur Pakistan petang Isnin lalu. Antara yang maut termasuk sembilan anggota polis.

Insiden berlaku apabila seorang penyerang bermotosikal menyerbu ke arah anggota polis di tepi jalan. Penyerang dikatakan seorang remaja berusia 13 tahun.   

Kumpulan Taliban di Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan mengecam serangan tersebut sambil menggesa agar dalang diheret ke muka pengadilan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China