Cari:
Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo
2017-07-26 10:14:51 CRI Cetak

Michael Kors bersetuju untuk membeli jenama kasut mewah, Jimmy Choo de­ngan nilai AS$1.2 bilion (RM5.13 bilion).

Jenama tersebut diasaskan pada 1990-an oleh pereka kasut terkenal dari Malaysia, Jimmy Choo dan dikenali melalui rekaan kasut eksklusif dan aksesori serta mempunyai rangkaian kedai di bandar fesyen utama dunia se­perti London, Paris, New York dan Tokyo.

Jenama Jimmy Choo ditawarkan untuk dijual pada April lalu selepas pemegang saham majori­tinya, JAB memutuskan untuk memberi fokus kepada segmen barangan pengguna.

Michael Kors yang terkenal dengan barisan produk beg ta­ngan sedang bergelut dengan masalah yang dihadapi dengan penurunan jumlah jualan dan bilangan pelanggan semakin berkurangan.

Pengerusi Kehormat dan Ketua Pegawai Kreatifnya, Michael Kors berkata, dengan pengambilalihan itu, pihaknya telah berkembang kepada pakaian lelaki dan wanita serta melabur dalam perniagaan dalam talian.

"Setelah pengambilalihan se­lesai, jenama Jimmy Choo akan beroperasi seperti biasa di bawah pengurusan yang sama. Jimmy Choo adalah ikon jenama barangan mewah dengan barisan produk premium dan kami kagum dengan rekaan keluaran syarikat itu," katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China