Menurut statistik, jumlah eksport melalui pintu keluar masuk Baktu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China mencatat lebih USD252.84 juta pada setengah tahun pertama tahun ini, meningkat 84.9% Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Baktu yang terletak di sempadan China dengan Kazakhstan, merupakan pintu keluar masuk yang penting dari China ke Asia Tengah dan Eropah.
Pada Disember 2013, Baktu ditetapkan sebagai "laluan hijau" bagi import-eksport hasil pertanian yang pertama di China.