Cari:
Nanyin, "Fosil" dalam Sejarah Muzik China
2017-07-26 15:37:42 CRI Cetak

Muzik Nanyin yang juga disebut sebagai "muzik selatan" merupakan salah jenis muzik yang paling kuno di China. Muzik itu disebut sebagai "fosil" dalam sejarah muzik di China. Pada tahun 2009, Nanyin disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda oleh UNESCO.

Rombongan Nanyin Xiamen yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan rombongan yang cemerlang dalam bidang kesenian tersebut. Rombongan itu telah memperoleh beberapa hadiah domestik dan antarabangsa yang terkenal dan telah membuat persembahan di pelbagai negara termasuk Indonesia, Singapura, Filipina, Jepun dan sebagainya.

Rombongan itu menghidangkan persembahan yang percuma kepada penduduk tempatan Xiamen tiap-tiap hujung minggu. Langkah ini membolehkan lebih ramai penduduk mengetahui dan menikmati kesenian klasik yang gemilang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China