Cari:
Pusingan ke-13 Dialog Keselamatan Strategik China-Rusia
2017-07-27 12:55:52 CRI Cetak

Pusingan ke-13 Dialog Keselamatan Strategik China-Rusia diadakan di Beijing semalam, dipengerusikan bersama ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev.

Yang Jiechi berkata, di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping dan Vladimir Putin, hubungan China-Rusia kini berada pada tempoh paling baik dalam sejarah.

Kedua-dua pihak perlu melaksanakan persepakatan penting yang telah dicapai, meningkatkan kesalingpercayaan dan kerjasama keselamatan, saling menyokong dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras satu sama lain, di samping mencipta persekitaran luar yang lebih aman dan stabil bagi pembangunan.

Patrushev pula menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif dengan China diutamakan dalam dasar luar Rusia.

Beliau bersetuju dengan saranan bahawa kedua-dua negara perlu saling menyokong dan bekerjasama rapat demi kestabilan politik serta mengukuhkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa.

Hubungan bilateral, kerjasama multilateral serta isu-isu penting serantau dan antarabangsa turut menjadi fokus dialog.

China dan Rusia bersetuju meningkatkan sinergi bagi menjayakan mesyuarat ke-7 wakil peringkat tinggi hal ehwal Keselamatan BRICS di Beijing nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China