Cari:
WTO Seru Jamin Operasi Sistem Perdagangan Pelbagai Hala
2017-07-27 14:53:08 CRI Cetak

47 anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) termasuk Rusia, Kanada, Australia dan Mexico menyeru semua anggota lain berusaha bersama-sama untuk memastikan sistem perdagangan pelbagai hala beroperasi dengan lancar dan berkesan.

Mereka termasuk entiti ekonomi maju dan membangun, menyatakan rasa bimbang terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi WTO pada masa ini.

Beberapa bulan kebelakangan ini, anggota WTO telah berbincang mengenai mesyuarat peringkat menteri yang dijadualkan pada Disember depan, dan bertukar-tukar pendapat tentang topik rundingan untuk jangka panjang. Namun, usaha ini gagal berhasil ekoran kurangnya hasrat politik untuk berkompromi dan mencapai konsensus.

Mereka juga menegaskan bahawa WTO akan terus memainkan peranan penting untuk mewujudkan pembangunan lestari yang lebih inklusif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China