Kerajaan Israel dalam satu kenyataan berkata, Netanyahu dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Erdan bersependapat langkah tersebut amat perlu berikutan kesensitifan isu keselamatan.
Pada 25 Julai lalu, Kabinet Keselamatan Israel telah memutuskan untuk menggantikan alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk Temple Mount dengan sistem pemeriksaan keselamatan pintar yang lebih canggih, di samping menambah penempatan polis di sana.
Tindakan Israel tersebut mencetuskan bantahan masyarakat Islam termasuk ulama kanan di masjid Al-Aqsa, yang menuntut semua alat keselamatan ditanggalkan.