Cari:
Li Keqiang Temui Mantan Ketua WHO
2017-07-28 11:12:23 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui mantan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Margaret Chan di Beijing petang semalam.

Li menyatakan penghargaan terhadap usaha Chan untuk menjamin kesihatan global, termasuk kecekapan dalam menangani kes-kes kecemasan melibatkan kesihatan awam seperti epidemik Ebola.

Dalam tempoh perkhidmatannya, Chan menggalakkan pembangunan sistem kesihatan anggota WHO khususnya yang sedang membangun, dan telah memberi bantuan dan sokongan kepada pembaharuan perubatan China.

China bertungkus-lumus menjayakan pembaharuan sistem perubatan bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas kepada seluruh rakyat. China telah membina rangkaian penjagaan kesihatan asas terbesar di dunia, yang meliputi 98% rakyat atau lebih 1.3 bilion. China bersedia berkongsi pengalaman dengan rakan antarabangsa termasuk WHO untuk merealisasikan Agenda 2030 Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Chan merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China terhadap WHO dan memuji pencapaian pembaharuan perubatan China. Beliau bersedia menggunakan kepakarannya untuk menyumbang kepada pembaharuan sistem perubatan China serta pertukaran antarabangsa dalam bidang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China