Cari:
IMF: Nilai USD Terlalu Tinggi
2017-07-28 14:44:32 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menyatakan bahawa kadar tukaran sebenar dolar Amerika (USD) pada tahun lalu adalah 10% hingga 20% lebih tinggi daripada paras normal, berdasarkan situasi ekonomi jangka sederhana dan dasar kewangan negara itu.

Menurut laporan IMF, imbangan perdagangan luar AS bertambah baik, manakala defisit akaun semasa berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 2.4% pada tahun lalu daripada 6% yang dicatatkan semasa krisis kewangan.

Nilai sebenar USD telah naik kira-kira 20% sejak tahun 2013 berikutan pertumbuhan ekonomi pesat, dasar kewangan efektif serta perkembangan di entiti ekonomi maju lain.

Rizab Persekutuan (FED) akan melaksanakan dasar monetari yang lebih berhemat dan ini akan menyebabkan nilai USD terus naik.

Laporan itu menyebut, memandangkan ekonomi AS sudah menghampiri tahap guna tenaga penuh, langkah ini akan menaikkan perkadaran hutang dalam KDNK, selain memburukkan lagi keadaan akaun semasa global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China