Cari:
Trump Mungkin Tingkat Sekatan atas Rusia
2017-07-28 14:45:32 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump mungkin akan memveto usul sekatan baharu terhadap Rusia, Iran dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), bagi membolehkan sekatan lebih ketat dikenakan terhadap Rusia.

Demikian kata Pengarah Komunikasi White House, Anthony Scaramucci dalam temu bual dengan CNN semalam. 

Pada 25 Julai lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan usul sekatan terhadap Rusia, Iran dan DPRK dengan 419 undi setuju dan tiga menentang.

Sekatan terhadap Rusia dikatakan berikutan kemungkinan negara itu campur tangan dalam pilihan raya Presiden AS tahun lalu serta krisis Ukraine. Manakala, sekatan terhadap Iran dan DPRK adalah disebabkan program peluru berpandu.

Usul itu sudah mendapat kelulusan Senat dan kini dipanjangkan ke White House untuk pertimbangan Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China