Mesyuarat menteri buruh dan pekerjaan dari Brazil, Rusia, India, China and Afrika Selatan (BRICS) berakhir di bandar Chongqing, China semalam.
Turut hadir, lebih 100 peserta termasuk pegawai kanan pertubuhan antarabangsa.
Tadbir urus berkaitan pekerjaan, pembangunan kemahiran dan sistem jaminan sosial yang sempurna antara fokus mesyuarat tersebut.
Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, Yi Weimin berkata, melalui perbincangan selama satu hari setengah, para peserta lebih menyedari peluang dan cabaran di pasaran pekerjaan dunia, khususnya di negara-negara BRICS.
Banyak persepakatan penting dicapai bagi mengukuhkan kerjasama untuk meningkatkan kualiti guna tenaga, dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan dan seimbang.
Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Guy Ryder pula berkata, hasil mesyuarat itu signifikan bagi meningkatkan tadbir urus pasaran pekerjaan serta kemahiran pekerja, sekali gus membantu membasmi kemiskinan.