Cari:
Xi Anugerahkan Pingat Kehormat kepada Pegawai Tentera
2017-07-29 14:55:34 CRI Cetak

Upacara penganugerahan pingat dan gelaran kehormat oleh Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC) Parti Komunis China diadakan di Beijing, menjelang sambutan ulang tahun ke-90 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), yang jatuh pada 1 Ogos depan.

Presiden China yang juga Pengerusi CMC, Xi Jinping menganugerahkan "Pingat Ba Yi" dan sijil penghargaan kepada 10 pegawai tentera serta bendera kehormatan kepada sebuah syarikat industri ketenteraan, yang dipuji sebagai teladan dalam mempraktikkan inovasi.

Setelah upacara penganugerahkan tersebut, Xi bergambar kenangan bersama-sama para penerima anugerah.

"Pingat Ba Yi" yang dianugerahkan buat kali pertama ini merupakan kehormatan tertinggi dalam tentera, sebagai penghargaan terhadap mereka yang telah membuat sumbangan besar untuk mempertahankan kedaulatan, kepentingan keselamatan dan pembangunan serta memodenkan pertahanan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China