Cari:
Korea Selatan Rancang EIA di Tapak THAAD
2017-07-29 16:33:51 CRI Cetak

Korea Selatan merancang untuk melakukan penilaian impak alam sekitar (EIA) di tapak penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).

Menurut Kementerian Pertahanan negara itu, penilaian tersebut dijangka memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk siap. Keputusan muktamad mengenai sama ada sistem THAAD ditempatkan akan dibuat berdasarkan hasil penilaian.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang media semalam menegaskan semula bahawa pendirian China dalam isu THAAD adalah jelas dan konsisten. China turut menggesa negara-negara berkenaan segera membatalkan penempatan sistem tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China