Cari:
Rusia Bertindak Balas terhadap Sekatan AS
2017-07-29 15:45:46 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menerusi telefon semalam berhubungn usul sekatan AS terhadap Rusia.

Lavrov berkata, pihaknya memutuskan mengurangkan jumlah kakitangan diplomatik AS di Rusia sehingga sama dengan bilangan kakitangan diplomatik Rusia di AS. Keputusan ini dibuat berikutan tindakan bermusuhan AS, antaranya mengenakan sekatan haram ke atas Rusia, memfitnah Rusia dan menghalau diplomat Rusia.

Tambah beliau, Rusia komited membaiki hubungan dengan AS dan mengambil sikap bersabar terhadap provokasi AS sebelum ini. Bagaimanapun, fakta baru-baru ini menunjukkan bahawa diplomasi AS telah dimanipulasi oleh kuasa anti-Rusia yang berniat membawa hubungan dua hala ini ke arah konfrontasi. Oleh itu, Rusia terpaksa bertindak membalas bagi melindungi kepentingan sendiri.

Usul sekatan terhadap Rusia sudah mendapat kelulusan Senat pada 27 Julai lalu dan kini dipanjangkan ke White House untuk pertimbangan Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China