Nilai mata wang renminbi (RMB) kekal berada pada paras yang munasabah walaupun mengalami penyusutan sejak tahun lepas.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan semalam berkata, nilai sebenar RMB pada tahun lalu menurun kira-kira 5.1% berbanding tahun sebelumnya. Hal ini turut menggambarkan kenaikan nilai dolar Amerika (USD). Nilai mata wang RMB adalah munasabah dan selaras dengan keadaan semasa.
Menurut laporan itu, rizab tukaran asing China juga berada pada paras yang munasabah, iaitu mencatat USD3.0568 trilion setakat hujung Jun lalu.