Cari:
Perbarisan Tentera Sempena Ulang Tahun ke-90 Penubuhan PLA
2017-07-30 14:27:15 CRI Cetak

Perbarisan tentera raksasa sempena sambutan ulang tahun ke-90 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) diadakan di pangkalan latihan Zhurihe, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, pagi tadi. Ini merupakan perbarisan tentera pertama untuk memperingati penubuhan PLA sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949.

Perbarisan kali ini disertai lebih 10 ribu anggota tentera, dengan melibatkan 129 buah pesawat dan 571 peralatan senjata, antaranya 40% adalah yang buat kali pertama dipertontonkan.

Selepas memeriksa perbarisan tentera, Presiden Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting.

Zhurihe merupakan pangkalan latihan ketenteraan yang terbesar di Asia. Pangkalan itu turut menjadi tapak beberapa latihan penting dan latihan ketenteraan bersama pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China