Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian IAG
2017-07-30 15:45:31 CRI Cetak

Pertandingan Tentera Antarabangsa (IAG) 2017 dirasmikan di Moscow semalam. Presiden China yang juga Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC) Parti Komunis China, Xi Jinping telah menyampaikan perutusan tahniah melalui video.

Xi menyatakan bahawa kerjasama ketenteraan antarabangsa amat bermakna bagi meningkatkan rasa saling mempercayai strategik serta memelihara kedamaian dan kestabilan dunia dan serantau.

Beliau berharap tentera China meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara lain, dan terus mencapai hasil baharu dalam kerjasama ketenteraan antarabangsa demi menyumbang kepada kedamaian dunia.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin pelbagai negara peserta turut menyampaikan ucapan tahniah melalui video.

IAG merupakan pertandingan ketenteraan yang dianjurkan atas inisiatif Rusia. Antara 28 acara pertandingan tahun ini, enam yang diadakan di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China