Cari:
PM Li Gesa Kurangkan Kapasiti Berlebihan
2017-07-30 15:28:36 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa agar usaha diperhebat untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran yang berlebihan apabila pemeriksaan kerajaan mendapati beberapa kilang di bandar Tianjin dan provinsi Hunan menghasilkan keluli yang tidak memenuhi piawaian baru-baru ini.

Beliau menuntut supaya usaha penyeliaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mencegah pengeluaran keluli yang tidak berkualiti. Di samping itu, kerajaan tempatan peru mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan.

Kegiatan mengeluarkan besi dan keluli yang tidak memenuhi piawaian itu turut menjejaskan teruk alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China