Cari:
Xi: Kedamaian Jaminan Kesejahteraan Rakyat
2017-07-30 15:36:52 CRI Cetak

Perbarisan tentera raksasa sempena sambutan ulang tahun ke-90 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) diadakan di pangkalan latihan Zhurihe, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya selepas memeriksa perbarisan tentera menyatakan bahawa tentera China mampu menewaskan semua musuh yang menceroboh bagi melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Kata beliau, kedamaian jaminan kesejahteraan rakyat, manakala usaha memelihara kedamaian adalah tanggungjawab tentera rakyat. Kedamaian perlu dipertahankan kerana tetap terdapat situasi yang tidak aman di dunia.

Presiden Xi turut menuntut tentera China mempertahankan sistem asas atas pimpinan Parti Komunis China, berkhidmat untuk rakyat dan meningkatkan daya pertempuran, di samping terus memodenkan pertahanan negara.

Perbarisan tentera sempena hari peringatan penting merupakan kelaziman yang dilakukan oleh banyak negara di dunia. Jurucakap Kementerian Pertahanan China berkata, latihan tentera yang dilakukan pasukan terlibat adalah mengikut jadual latihan rutin, dan tidak mempunyai kaitan dengan situasi di kawasan sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China