Cari:
Tentera AS Didakwa Cetus Provokasi
2017-07-30 15:43:30 CRI Cetak

Kapal induk AS, Nimitz yang diiringi oleh sebuah kapal pelindung mendekati kapal peronda tentera Iran, di Teluk Persia petang kelmarin.

Kapal peronda Iran berkenaan menjalankan pemantauan terhadap kegiatan tentera AS.

Menurut media Iran, kapal induk dan kapal pelindung AS itu telah berundur dari kawasan perairan berkenaan selepas melepaskan peluru isyarat. Tentera Iran menyifatkan tindakan tentera AS sebagai "provokasi".

Ini merupakan insiden bermusuhan kedua yang berlaku antara kapal perang AS dan Iran dalam tempoh seminggu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China