Cari:
Empat Sekutu Tegas Tuntutan terhadap Qatar
2017-07-31 11:13:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Arab Saudi bersama United Arab Emirates (UAE), Bahrain dan Mesir (Empat Sekutu) yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu, menegaskan dalam satu kenyataan semalam bahawa dialog antara Empat Sekutu dengan Qatar hanya dapat diadakan sekiranya Qatar menunaikan 13 tuntutan yang telah dikemukakan.

Menteri-menteri luar Empat Sekutu tersebut dalam rundingan dan mesyuarat koordinasi di Bahrain pada hari itu menyatakan pendirian keempat-empat negara terhadap Qatar adalah konsisten dan tetap, iaitu Qatar mesti memenuhi 13 tuntutan berkenaan.

Pada hari yang sama, Menteri Luar Bahrain, Khalid bin Ahmed al-Khalifa dalam sidang media menegaskan bahawa tuntutan dan sekatan ke atas Qatar untuk menggesa negara itu menghentikan sokongan terhadap ekstremisme dan keganasan adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa, dan Empat Sekutu tidak berganjak daripada pendirian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China