Cari:
Ujian THAAD di Alaska Berjaya
2017-07-31 14:26:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya mengadakan ujian sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) yang ditempatkan di Alaska, menurut kenyataan Jabatan Keselamatan negara itu semalam.

Dalam ujian itu, peluru berpandu jarak sederhana dilancarkan di ruang udara Lautan Pasifik dari pesawat pengangkut C-17 milik tentera udara, lalu dikesan dan dipintas oleh unit THAAD di Pulau Kodiak, Alaska.

Ujian tersebut dijalankan untuk mengumpulkan data sistem THAAD dan meningkatkan kemampuan simulasinya.

Pada bulan April lalu, AS dan Korea Selatan menempatkan sebahagian peralatan THAAD di Seongju-gun, Korea Selatan, dengan mengabaikan bantahan penduduk tempatan dan China.

Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan kelmarin, penempatan THAAD di Korea Selatan akan menyebabkan ketidakseimbangan strategik bahkan menjejaskan kepentingan keselamatan strategik negara-negara di rantau itu, termasuk China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China