Cari:
Syria Gesa Pakatan Antarabangsa Dibubar
2017-07-31 14:44:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kementerian Luar Syria dalam perutusan kepada Setiausaha Agung PBB dan Pengerusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam mengecam serangan udara oleh pakatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat (AS) meragut nyawa ramai rakyat jelata, dan menggesa pakatan tersebut dibubarkan.

Sejak ditubuhkan pada September 2014, pakatan antarabangsa itu sering melancarkan serangan udara untuk menumpaskan kumpulan ekstremis Daesh.

Pada bulan Julai, sebanyak tujuh serangan udara dilancarkan terhadap provinsi Deir Al-Zour di bahagian timur dan provinsi Al-Hasakah di bahagian timur-laut Syria, mengakibatkan ramai rakyat jelata termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban atau cedera.

Kerajaan Syria menganggap serangan-serangan seumpama itu dijalankan tanpa mandat UNSC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China