Cari:
Presiden Xi: Bangunkan PLA Bertaraf Dunia
2017-07-31 14:51:33 CRI Cetak

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China akan dibangunkan menjadi angkatan tentera yang bertaraf dunia.

Demikian arahan Presiden Xi Jinping yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dalam ucapan semasa perbarisan tentera berskala raksasa sempena sambutan ulang tahun ke-90 PLA, pagi semalam.

Ini merupakan kali pertama Presiden Xi memeriksa perbarisan tentera yang diadakan dalam keadaan kesiagaan untuk medan pertempuran, selain kali pertama PLA memperlihatkan wajah baharu selepas pembaharuan intensif dilaksanakan.

Dalam perbarisan semalam, seramai 12 ribu anggota tentera yang baru mengikuti latihan bertempur telah diperiksa di pangkalan latihan Zhurihe, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam.

Presiden Xi dalam ucapannya menyeru agar semua anggota PLA mempertahankan prinsip pembangunan tentera yang bercirikan China, dengan berpegang kepada ideologi Parti Komunis China.

Beliau turut menyatakan bahawa China kini semakin hampir dengan sasaran untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa dan negara. Pasukan tentera yang kuat adalah perlu untuk melindungi hasil pembangunan setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China