Cari:
Penggunaan Gas Asli Meningkat Ketara di China
2017-07-31 14:52:57 CRI Cetak

Dengan semakin meningkatnya kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar di China, batu arang sebagai bahan bakar mula digantikan dengan gas asli, menyebabkan penggunaan gas asli terus meningkat dengan ketara.

Jumlah penggunaan gas asli pada setengah pertama tahun ini mencatat 114.6 bilion meter padu, dengan pertumbuhan purata melebihi kadar 15% berbanding 6% yang disaksikan dalam tempoh dua tahun lalu.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China dalam laman webnya menggalakkan gas asli dijadikan salah satu sumber utama dalam sistem penjanaan tenaga bersih negara ini.

Penggunaan gas asli secara berskala besar dan saintifik disarankan dalam bidang-bidang yang memerlukan bahan bakar baik di bandar mahupun di luar bandar, termasuk bagi tujuan perindustrian dan penjanaan elektrik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China