Cari:
Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-90 PLA
2017-08-01 11:17:23 CRI Cetak

Satu majlis sambutan meriah anjuran Kementerian Pertahanan Republik Rakyat China diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam sempena ulang tahun ke-90 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

Turut hadir menyerikan majlis, Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang serta barisan pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan pemimpin kerajaan.

Menteri Pertahanan yang juga anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Chang Wanquan dalam majlis itu mengatakan bahawa PLA yang ditubuhkan dan dipimpin oleh PKC telah membuat sumbangan yang tidak ternilai terhadap revolusi, pembangunan dan pembaharuan negara.

Beliau menegaskan, PLA dan polis bersenjata perlu bersatu padu di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC yang diketuai Xi Jinping, dan melaksanakan tadbir urus negara dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang disampaikan dalam ucapan presiden itu, bagi mencapai kemajuan baharu menjelang Kongres Kebangsaan ke-19 PKC.

Dalam majlis sambutan itu, Xi Jinping telah menyampaikan ucap selamat kepada para hadirin termasuk wakil askar dan veteran, serta anggota tentera dan rakyat jelata yang dianugerahi Pingat 1 Ogos untuk bakti mereka kepada negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China