Cari:
Kumpulan Ke-27 Armada China Bertolak ke Teluk Aden dan Somalia
2017-08-02 13:33:36 CRI Cetak

Kumpulan ke-27 armada tentera laut China telah bertolak ke Teluk Aden dan perairan di sekitar Somalia untuk misi melindungi keselamatan pelayaran di sana.

Armada tersebut terdiri daripada kapal pembinasa peluru berpandu Haikou, frigat peluru berpandu Yueyang dan kapal pengangkut bekalan Qinghai dan dua helikopter, membawa anggota pasukan operasi khas serta lebih 700 askar dan pegawai berkenaan.

Dalam tempoh lebih lapan tahun lalu, tentera laut China telah menghantar 26 kumpulan armada ke Teluk Aden, yang telah menjamin keselamatan pelayaran bagi hampir 6,400 buah kapal dan membantu lebih 60 buah kapal di kawasan perairan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China