Cari:
Pengguna 4G China Cecah 888 Juta
2017-08-02 14:37:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah pengguna telefon bimbit di seluruh China dianggarkan mencecah 1.356 bilion setakat penghujung suku kedua tahun ini. 888 juta daripadanya ialah pengguna 4G, yang menduduki sebanyak 65.1%.

Pada suku tahun yang sama, jumlah jualan telefon pintar menurun 3.9% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat 226 juta.

Demikian dinyatakan dalam Laporan Mutu Perkhidmatan Telekomunikasi Suku Kedua 2017 yang dikeluarkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MITI) pada 31 Julai lalu.

Menurut laporan tersebut, seramai 322 juta keluarga dianggarkan merupakan pengguna jalur lebar yang tetap berikutan perkhidmatan jalur lebar yang semakin pantas pada masa ini.

Di samping itu, jumlah keluarga yang memiliki jaringan akses optik FTTH (FTTH/O) juga mencapai 261 juta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China