Pence berkata demikian ketika menghadiri sidang media di Tibilisi, ibu negara Georgia bersama-sama dengan Perdana Menteri negara itu, Giorgi Kvirikashvili semalam.
Pence menyatakan bahawa AS berhasrat membaik pulih hubungan bilateral dengan Rusia, namun rundingan dua hala harus diadakan berdasarkan prinsip saling menghormati dan dengan mengiktiraf kedudukan satu sama lain.
Tambah beliau, AS yakin dialog merupakan saluran baik untuk menyelesaikan konflik dan masalah berkenaan yang wujud sejak sekian lama di Ukraine, Georgia serta beberapa wilayah lain di dunia.
Selepas lawatan rasmi selama dua hari di Georgia, Pence akan melawat ke Republik Montenegro.