Cari:
China Galak Usaha Bangunkan Tentera Bertaraf Dunia
2017-08-02 14:52:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China mesti dibangunkan sebagai angkatan tentera bertaraf dunia demi kebangkitan bangsa dan negara, di samping memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.

China akan terus menempuh jalan untuk menaiktarafkan angkatan tentera yang memiliki ciri sendiri negara ini, bagi merealisasikan sasaran untuk mengukuhkan pembinaan angkatan tentera dalam konteks semasa.

Demikian ditegaskan Presiden Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan ulang tahun ke-90 PLA yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 1 Ogos lalu.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut, ahli-ahli Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunikasi China (PKC), PM Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China