Mesyuarat Menteri Perdagangan dan Ekonomi negara BRICS bagi tahun 2017 telah dirasmikan di Shanghai semalam.
Menteri Perdagangan China, Zhong Shan yang mempengerusikan mesyuarat itu menyatakan bahawa kemudahan pelaburan, fasilitasi perdagangan, kerjasama ekonomi dan teknologi serta pembinaan keupayaan akan menjadi fokus mesyuarat, selain sokongan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala.
Zhong Shan menyatakan bahawa berdepan dengan pelbagai cabaran yang masih membebani ekonomi dunia, negara-negara BRICS perlu memperkasakan kerjasama dalam lebih banyak bidang menerusi mekanisme yang lebih optimum, serta meneroka inovasi dan penjana baharu bagi pembangunan sosioekonomi.
BRICS juga perlu menyokong sistem perdagangan pelbagai hala, menentang amalan perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk, membangunkan ekonomi dunia secara terbuka, serta melindungi kepentingan bersama pasaran baru muncul dan negara membangun.