Cari:
Trump Lulus Sekatan Terhadap Rusia, Iran, DPRK
2017-08-03 11:34:12 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menurunkan tandatangan bagi meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia, Iran dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Dalam kenyataannya, Trump menyatakan beliau bersetuju tindakan keras diambil terhadap Iran dan DPRK, sambil menegaskan bahawa sebarang campur tangan dalam hal ehwal dalaman AS tidak akan dibiarkan.

Bagaimanapun, Trump turut mengkritik rang undang-undang tersebut mempunyai "kelemahan besar", khususnya kesan negatifnya terhadap kewibawaan AS dalam rundingan luar, selain mengekang fleksibiliti Presiden untuk membuat keputusan demi kepentingan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China