Cari:
Belian Barang Elektrik Rumah Melalui Internet Meningkat Ketara
2017-08-03 14:52:19 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-9 mengenai Pembelian Barangan Elektrik Kegunaan Rumah Melalui Internet dirasmikan di Beijing semalam.

Sidang itu yang dianjurkan bersama Institut Penyelidikan CCID di bawah Kementerian Industri dan Maklumat (MIIT) serta Pejabat Akhbar Elektronik China, telah membentangkan laporan analisis pembelian produk elektrik berkenaan bagi tempoh setengah pertama tahun ini.

Menurut laporan tersebut, skala pasaran pembelian dalam talian bagi produk berkenaan di China meningkat 16.9% kepada RMB216 bilion (RM138 bilion)berbanding tempoh sama tahun lepas.

Persaingan antara tiga syarikat iaitu JD, TMALL dan Suning dilaporkan tidak berubah, dengan JD memegang 60% syer pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China