Cari:
India Digesa Undur Tentera dari Kawasan Sempadan China
2017-08-03 13:40:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
India digesa segera mengundurkan pasukan pengawal sempadannya yang telah melampaui kawasan sempadan China, dengan mematuhi perjanjian yang dicapai pada tahun 1890 dan garis sempadan kedua-dua negara yang telah ditetapkan sejak sekian lama.

India didesak menangani sewajarnya situasi agar memulihkan semula keamanan di kawasan sempadan antara China-India.

Demikian dinyatakan dalam kenyataan "Fakta dan Pendirian China berhubung Pasukan Pengawal Sempadan India Melampaui Garis Sempadan China-India di Sikkim " yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar China di Beijing pada 2 Ogos lalu.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan tentera India yang melampaui kawasan sempadan China bukan sahaja mencabuli hak kedaulatan dan keutuhan wilayah China, malah melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China