Cari:
Guangxi Bangunkan Perdagangan Bidang Pemprosesan
2017-08-03 14:33:33 CRI Cetak

Wilayah Autonomi Guangxi China sedang mempercepat pelaksanaan pelan untuk menggandakan perdagangan dalam bidang pemprosesan dengan merebut peluang berikutan perkembangan semasa sektor perindustrian antarabangsa.

Dalam satu sidang media semalam, kerajaan Guangxi membentangkan rancangan untuk menggalakkan pembangunan rantai industri dan kluster industri di kawasan sempadan China dengan Vietnam bagi memajukan ekonomi tempatan.

Naib Ketua Jabatan Perdagangan Guangxi, Ma Jixian dalam sidang media itu berkata, jumlah import eksport hasil pemprosesan Guangxi telah meningkat 38.1% kepada RMB37.47 bilion (RM24 bilion) pada setengah pertama tahun ini.

Seterusnya, Guangxi akan giat menarik pelaburan dan mengoptimumkan perkhidmatan kepada syarikat serta meningkatkan sokongan bagi pembinaan fasiliti seperti taman dan zon industri yang melibatkan perdagangan dalam bidang pemprosesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China