Cari:
UNSC Lulus Resolusi Cantas Saluran Senjata Pengganas
2017-08-03 14:35:12 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dalam mesyuarat terbuka semalam telah meluluskan Resolusi No.2370 untuk menyekat pemerolehan senjata oleh pertubuhan keganasan, dengan semua 15 undi setuju.

UNSC dalam mesyuarat itu menggesa masyarakat antarabangsa meningkatkan kerjasama bagi memutuskan sumber dan saluran bagi pertubuhan keganasan memperoleh senjata, serta memelihara kedamaian dan keselamatan antarabangsa dan serantau.

Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi mengalu-alukan resolusi tersebut dan menyatakan China berharap hasil yang dicapai dalam mesyuarat kali ini dapat mencipta era baharu dalam kerjasama masyarakat antarabangsa menentang keganasan.

Katanya, resolusi itu menetapkan dengan jelas bahawa setiap negara tidak boleh memberikan sokongan kepada pertubuhan keganasan termasuk membekalkan senjata. Semua pihak perlu mematuhi resolusi itu dengan ketat, termasuk melaksanakan embargo senjata dan mekanisme pemantauan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China