Cari:
Belanda Siasat "Telur Beracun", Tutup 147 Ladang
2017-08-04 13:37:17 CRI Cetak

Badan keselamatan makanan Belanda semalam telah mengumumkan hasil siasatan terhadap 180 buah ladang yang disyaki terlibat dalam skandal "telur beracun".

Hasil ujian mendapati telur daripada 147 ladang mengandungi racun serangga "fipronil".

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar semua stok telur yang tercemar ditarik balik dan ladang-ladang terbabit ditutup sehingga mematuhi standard yang ditetapkan.

Siasatan terhadap telur di Belanda dijalankan berikutan penemuan racun serupa dalam telur di negara jirannya, Belgium. Menurut undang-undang Kesatuan Eropah (EU), penggunaan racun jenis "fipronil" tidak dibenarkan dalam seluruh rantaian industri penternakan sumber makanan manusia.

Berdasarkan laporan siasatan, racun tersebut digunakan oleh sebuah syarikat penghapus serangga berasal dari Belanda. Antara klien mereka termasuk 180 ladang yang disiasat dalam skandal ini dan sebilangan ladang lain di Perancis, Britain, Jerman dan Poland.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China