Cari:
Loji Baihetan Masuk Fasa Pembinaan
2017-08-04 14:22:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan yang terletak di hilir Sungai Jinsha di kaunti Ningnan, provinsi Sichuan dan kaunti Qiaojia, provinsi Yunnan China merupakan loji hidroelektrik kedua terbesar di dunia, selepas Empangan Tiga Gaung, dengan kapasiti penjanaan melebihi 16 juta kilowatt.

Pada 3 Ogos lalu, projek Baihetan telah memasuki fasa pembinaan secara menyeluruh.

Lu Chun, presiden syarikat China Three Gorges Projects Development Co.,Ltd (CTGPC) berkata, projek Baihetan tersebut dapat membantu menyusun semula struktur sumber tenaga China, menggalakkan pembinaan Jalur Ekonomi Kawasan Muara Sungai Yangtze, bahkan memperkukuh kedudukan teratas China dalam sektor janakuasa hidroelektrik dunia.

Selepas siap dibina, Loji Baihetan juga dapat membendung air banjir dan mengawal sedimen, selain menjana kuasa elektrik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China