Cari:
Skala Pasaran Permainan Video China Catat Hampir RMB100 Bilion
2017-08-04 14:14:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah hasil jualan sebenar bagi pasaran permainan video China pada separuh pertama 2017 meningkat sebanyak 26.7% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat RMB99.78 bilion (kira-kira RM63.5 bilion).

Walaupun mencatatkan peningkatan pesat, namun pertambahan jumlah pengguna permainan video di China semakin perlahan pada masa ini, dengan jumlahnya 507 juta orang, hanya meningkat 3.6% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Demikian ditunjukkan dalam Laporan Industri Permainan China (Januari-Jun 2017) yang dikeluarkan dalam tempoh Ekspo Digital Interaktif dan Hiburan Antarabangsa China (ChinaJoy) ke-15 yang telah diadakan di Shanghai pada 27 hingga 30 Julai lalu.

Menurut laporan tersebut, jumlah hasil jualan sebenar permainan video dalam talian yang dikaji dan dibangun oleh China sendiri di pasaran seberang laut meningkat dengan mendadak, iaitu naik sebanyak 57.7% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat USD3.99 bilion (kira-kira RM2.53 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China