Cari:
Abe Rombak Semula Kabinet
2017-08-04 13:51:57 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah merombak semula Kabinet semalam.

Antara 19 anggota sedia ada, hanya lima yang dikekalkan iaitu Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga; Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Taro Aso; Menteri Ekonomi dan Industri, Hiroshige Seko; Menteri Pembinaan Semula, Masayoshi Yoshino serta Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Keiichi Ishii.

Taro Kono yang pernah bertanggungjawab atas urusan pembaharuan pentadbiran menggantikan Fumio Kishida sebagai Menteri Luar, manakala bekas Menteri Pertahanan, Itsunori Onodera kembali mengisi jawatan lamanya untuk menggantikan Tomomi Inada yang meletakkan jawatan.

Enam anggota lain yang terpilih merupakan wajah baharu di Kabinet, namun masing-masing mempunyai pengalaman luas di pentas politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China