Cari:
Projek Loji Janakuasa Hidroelektrik Terbesar di Afrika Dimulakan
2017-08-05 15:46:44 CRI Cetak

Loji janakuasa hidroelektrik Caculo Cabaca di Angola yang ditanggungjawab oleh syarikat China telah dimulakan pembinaannya semalam, dan majlis pecah tanahnya diserikan dengan kehadiran Presiden Angola.

Menurut Ren Jianguo, Naib Pengurus Besar Kumpulan Gezhouba, iaitu pihak perusahaan kontraktor dari China, projek yang berkapasiti penjanaan 2.172 juta kilowatt tersebut akan menelan pelaburan USD4.532 bilion (RM19.4 bilion), dan dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 18 bulan. Ia dipercayai mampu menyediakan hampir 10 ribu peluang kerja kepada orang tempatan, dan memenuhi lebih 50% permintaan penggunaan elektrik Angola, sekali gus mendorong pembangunan sosioekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China